fbpx

1 Minggu 30 Bekas Terjual. Ini Dia Rahsia Resepi Cottage Pie Yang Sedap Teramat!

iCookAsia

Resepi daripada seorang pengguna Facebook ini bukan biasa-biasa tau. Cottage Pie ini antara hidangan dari negara orang Putih, dan hampir 30 bekas terjual oleh beliau dalam masa 1 minggu. Laku betul. 

Siapa belum pernah cuba hidangan ini boleh lah cuba. Yang pernah cuba Shepherd’s Pie, rasanya lebih kurang sahaja cuma bahan inti yang berlainan iaitu Ayam. 

Terima kasih Umi Watie untuk perkongsian resipi Cottage Pie ini 🙂

Bahan-bahan:

3 biji Kentang

½ cawan Susu segar (freshmilk)

1 sudu teh Lada hitam

2 sudu makan Mentega

1 biji Bawang holland

3 biji Bawang putih

1 cawan Ayam

3 sudu makan Sos bolognese

¼ cawan Lada benggala

¼ cawan Cendawan

1 sudu teh Mix spice 

Cara membuat:


1. Kentang direbus sampai lembut. Panas-panas lepas rebus itu, dilenyek jangan tunggu sejuk.

2. Selepas itu, letak lada hitam, garam dan susu. Kacau rata sampai jadi seperti adunan cekodok. Dah siap biarkan.

3. Untuk inti, mentega dicairkan dan tumis bawang putih sampai wangi.

4. Masukkan isi ayam yang dah dicincang halus.


5. Apabila ayam dah masak, masukkan cendawan, lada benggala dan bawang holland. Boleh letak sayuran kegemaran anda.


6. Masukkan sos bolognese.


7. Perasakan dengan garam dan gula (ikut selera anda ya).


8. Apabila sudah siap, masukkan dalam bekas.
*Resepi ini menggunakan bekas aluminium saiz 5 inci dan boleh dapat 3 ketul.


9. Tabur mozzarella cheese dan selepas itu, paipkan kentang lecek tadi. Boleh corakkan ikut kegemaran anda.


10. Bakar selama 20 minit pada suhu 180 celcius. Ikut oven masing-masing. Makan kosong pun sedap sangat dah. Bau wangi 1 rumah tau.

Nota: Kalau ayam ditukar dengan daging kambing kita panggil Shepherd’s Pie. Bahan dan cara semua sama saja. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Umi Watie (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x