fbpx

12 Chef Profesional Rebut Gelaran World Halal Culinary Championship 2019 Di Brunei

iCookAsia

Buat julung kalinya, World Halal Culinary Championship 2019 turut mengambil bahagian dalam BIMP-EAGE Culinary Challenge di International Convention Center, Brunei Darussalam dan bakal menampilkan 12 chef profesional daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand bagi merebut gelaran juara pada 10 hingga 12 November ini.

Dengan had masa dua jam untuk penyediaan bahan dan proses memasak tiga menu utama iaitu pembuka selera, menu utama dan pencuci mulut, peserta dibahagikan kepada empat kumpulan untuk bersaing dalam dua pusingan berbeza.

Berkonsepkan Timur Tengah untuk hari pertama dan Masakan Barat untuk hari kedua pertandingan, kejutan bakal menemui finalis pada hari terakhir dengan Cabaran Kotak Hitam di mana bahan rahsia harus menjadi ramuan utama finalis bagi persembahan Masakan Asean Fusion.

Panel juri profesional terdiri daripada Chef Gene Gonzales dari Filipina, Chef Chandra Yudasswara dari Indonesia, Chef Calvin Francis Kojiun dari Sabah, Chef Liza Zainol dari Mayalisa, Chef Mule Macann dari New Zealand dan Chef Ricky Chan dari Malaysia.

Pemenang dipilih berdasarkan Pembuka Selera Terbaik, Hidangan Utama Terbaik dan Pencuci Mulut Terbaik dalam tiga hari pertandingan.

Foto sekitar pertandingan.







Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x