in ,

Resepi Sedap Terangkat Daging Bakar Harimau Menangis. Ada Juga Cara Membuat Sos Pedas Ala Thai ini.

Dengan melihat gambar perkongsian resipi dibawah sahaja, sudah boleh agak betapa juicy nya daging bakar harimau ini dan sos yang pedas ala Thai ni. Lebih-lebih lagi dengan menggunakan teknik salai. Wow sedap!

Terima kasih Lina Thomas untuk perkongsian resipi Daging Bakar Harimau Menangis dan sos ala Thai (Sua Rong Hai) ini 🙂

Bahan untuk Perapan Daging:

500g (2 keping) daging (Ribeye) bahagian yang ada lemak 

4 ulas bawang putih ditumbuk lumat

1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat

1 sudu besar kecil garam

4 sudu besar sos tiram

3 sudu besar sos ikan

3 sudu besar kicap manis

4 sudu besar brown sugar

 

Caranya:

  1. Campur kesemua bahan diatas kedalam daging dan perap.
  2. Perap dari untuk 1 malam. Kemudian salai diatas Pan sahaja sehingga masak atau boleh bakar didalam ketuhar. Paling mudah, guna Periuk Pemanggang Ajaib sahaja. 

Bahan untuk membuat Sos Ala Thai

6 ulas bawang putih ditumbuk

10 biji cili api ditumbuk

3 sudu sos tiram

2 sudu sos ikan nampla 

3 sudu brown sugar

1 bawang merah hiris nipis

2 biji cili api dihiris

1 biji air perahan limau nipis atau lebih jika suka 

Sedikit daun ketumbar dihiris halus

Caranya: Satukan kesemua bahan diatas dan sesuaikan kesemua rasa dengan selera anda. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Lina Thomas (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0