fbpx

5 Resepi Masakan Berasaskan Cendawan Yang Mudah Dan Wajib Cuba

iCookAsia

Cendawan merupakan salah satu sayuran yang digemari ramai dan mempunyai banyak khasiat. Bukan itu sahaja, keenakan dan keunikan setiap hidangan yang berasaskan cendawan ini membuatkan ianya bertambah sedap dan menarik.

Mesti kadang-kadang ramai yang tertanya dan buntu nak buat hidangan apa dengan cendawan kan? Kali ni, anda semua tidak perlu risau dah. Ini dia 5 resepi masakan cendawan yang anda boleh buat di rumah dan hidangkan untuk orang yang tersayang.

Jom kita try.

1.Mushroom Soup Homemade

Bahan-Bahan:

Bahan A (Untuk Kuah):

Cendawan (Nak guna yang dalam tin boleh, taknak pun boleh)

3 sudu besar marjerin atau butter

2-3 ulas bawang merah (Dipotong secara dadu)

1 sudu kecil lada hitam (Dikisar halus )

1 tin susu segar atau susu sejat

Kalau pekat, boleh tambah 1 cawan air

2 sudu besar tepung gandum

Stok ayam atau perisa maggi cukup rasa

Garam

Gula

Oregano (Optional)

Bahan B (Untuk Roti):

Roti keping

Bawang putih (cincang halus)

Majerin atau butter

Oregano (Optional)

Cara penyediaan:

  1. Bahagikan cendawan, ambil 3 biji untuk goreng garing dan selebihnya untuk masuk dalam kuah.
  2. Panaskan majerin, goreng cendawan 3 biji tadi yang sudah dipotong dadu sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Dengan minyak yang sama, tumis bawang yang sudah dipotong dadu sehingga garing dan masukkan lada hitam, cendawan yang dihiris dan gandum. Gaul sebentar.
  4. Masukkan susu dan air, kacau sehingga naik wap.
  5. Tutup api dan blend adunan tersebut sehingga hancur elok atau menampakkan creamy. Seterusnya, masukkan balik dalam periuk dan perasakan. Kalau pekat boleh tambah air, mengikut kesesuaian masing-masing.
  6. Kalau nak cepat, buat langkah nombor 3 tadi sehingga sedikit menggelegak dan perasakan siap-siap dan blend. Terus siap untuk hidang.
  7. Untuk roti, cincang bawang putih, gaul bersama marjerin atau butter. Kalau ada oregano atau parsley boleh letak. Kalau tiada, tidak apa. Sapukan pada roti keping dan bakar  atas pan atau dalam oven.

Kredit resipi:Nurul Husna Mohamed Daud(Facebook)

2.Nasi Goreng Sambal Udang Kering Dan Cendawan Butang

Bahan-bahan:

5-6 cawan nasi

Cendawan butang (Boleh agak-agak)

5 ulas bawang putih (dikatok )

2-3 biji bawang merah (dihiris )

5 sudu besar sambal udang kering

5 biji telur

1 sudu kecil Light soy sauce (jika mahu)

2- 3 sudu besar sos tiram

1-2 sudu besar sos ikan

1 sudu besar serbuk perasa

1 batang cili merah (dihiris)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga keperangan atau naik bau .
  2. Masukkan bawang merah dan masak sehingga layu.
  3. Kemudian masukkan telur dan pecahkan telur di dalam kuali serta masak seketika.
  4. Masukkan cendawan butang, cabai merah, sos tiram, light soy sauce dan sambal udang kering dan gaulkan rata.
  5. Masukkan nasi dan gaulkan kesemuanya.
  6. Masukkan serbuk perasa dan sos ikan. Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak sehingga sedikit berasap nasinya.
  7. Angkat dan siap untuk dihidang.

Kredit resipi: Nurul Ateekah(Facebook)

3.Sate Cendawan Tiram

Bahan-bahan:

Cendawan tiram

Bawang putih

Serbuk ketumbar

Serbuk jintan manis

Cili padi (optional)

Serbuk perisa (Nak guna Maggi Cukup Rasa)

Kicap manis

Minyak goreng atau minyak bijan

Cucuk sate

Cara penyediaan:

  1. Basuh cendawan kemudian rebus sekejap hingga lembut, toskan dan perah airnya.
  2. Tumbuk lumat bawang putih, cili padi (optional), serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis.
  3. Kemudian gaulkan dengan serbuk perisa, kicap manis dan minyak. Gaulkan cendawan dan perap selama 30 minit.
  4. Cucuk cendawan dengan cucuk sate.
  5. Campurkan minyak goreng atau minyak bijan dengan kicap manis kemudian gaulkan sate cendawan.
  6. Bakar sate cendawan, boleh bakar guna kuali leper yang sudah disapu minyak sehingga kelihatan kecoklatan.
  7. Hidangkan bersama kuah kacang atau sambal kicap.

 Kredit resipi: Eka Zahra(Facebook)

4.Cendawan Goreng

Bahan-bahan:

Cendawan

1 cawan tepung ubi

1 cawan tepung jagung

4 sudu tepung bestari

Sedikit garam

Sedikit serbuk lada hitam

1 biji telur

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, cuci cendawan dan keringkan menggunakan tisu dapur.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
  3. Sediakan bekas yang ada penutup. Campurkan kesemua tepung tadi, garam dan serbuk lada hitam. Goncangkan.
  4. Panaskan minyak dan pastikan untuk letak minyak banyak sikit. Api jangan kuat sangat.
  5. Gaulkan cendawan dalam telur. Angkat dan golek-golek atau goncangkan dalam tepung dan goreng.

Kredit resipi: Noor Ezilah(Facebook)

5.Ayam Halia Cendawan

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (basuh bersih dan toskan)

1/2 paket cendawan shitake rendam

1 sudu kecil lada sulah

1 sudu besar serbuk lada hitam

4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)

1 inci halia (ditumbuk halus)

2 inci halia (potong halus-halus memanjang)

2 sudu besar kicap ABC sos manis

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar minyak bijan

1/2 cawan air

Maggi cukup rasa secukupnya

Daun bawang secukupnya

3 sudu besar minyak

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, gaulkan ayam dengan bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak dan masukkan ayam. Gaulkan sehingga sebati.
  3. Masukkan segala jenis kicap dan masukkan air.
  4. Kemudian, masukkan cendawan shitake, halia dihiris, lada sulah dan serbuk lada hitam.
  5. Biarkan ayam direneh sekejap sehingga meresap kuah dia kedalam ayam.
  6. Masukkan minyak bijan dan rasakan garam. Kalau tidak masin masukkan sedikit maggi cukup rasa.
  7. Apabila kuah sudah pekat, boleh tutup api dan taburkan daun bawang.

Kredit resipi: Uwan Nolly Epin(Facebook)

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x