fbpx

Buat Kuih Tart Warna Ungu, Inti Blueberry. Baru Kuih Raya Nampak Menarik Untuk Dimakan.

iCookAsia

Sudah Hari Raya ke berapa ini, pasti anda tidak terkira. Maklumlah, hanya luangkan masa Hari Raya di rumah sahaja. Aktiviti pun tiada, hanya buat di rumah sahaja. Tetapi, kalau anda bosan tu boleh la buat Kuih Raya memandangkan masih lagi dalam bulan Syawal kan. 

Beri kelainan pada kuih raya anda. Ikut kreativiti masing-masing. Seperti perkongsian resepi daripada seorang pengguna Instagram ini. Beliau membuat kuih tart nenas menjadi kuih tart Blueberry tau. Menarik kan?

Terima kasih umikitchen88 untuk perkongsian resipi Tart Blueberry ini 🙂

Bahan A

250 gm buttercup

2 sudu besar minyak sapi

Perisa blueberry

Pewarna

1 biji kuning telur

1/4 cawan susu pekat

Bahan B

1/4 cawan tepung jagung

1/4 cawan susu tepung

4 cawan tepung gandum

Bahan C

Inti blueberry secukupnya (bulatkan)

Cara membuat:

  1. Mula-mula campur semua bahan A dan kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan susu tepung dan tepung jagung.
  3. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sampai jadi doh yang lembut.
  4. Guna acuan tart dan tekan memanjang.
  5. Letak inti, dan boleh gulung kemas dan susun ke atas tray.
  6. Rehatkan dahulu selama 10 minit, kemudian bakar pada suhu 170 selama 10-15 minit bergantung pada oven masing-masing. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: umikitchen88 (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x