fbpx

Resipi Kerabu Mangga Ala Thai, Mudah Sangat Cara Nak Buat Dan Sedap Tau

iCookAsia

Kalau dapat Kerabu Mangga, dimakan pula dengan nasi, fuh rasa nya sangat sedap. Bukan itu sahaja, nak ratah macam tu sahaja pun boleh tau. Pun sedap juga. Peminat makan Thai wajib cuba resepi kali ini, mesti puas hati.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Asma Nordin perkongsian resipi Kerabu Mangga Ala Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

Udang kering (Disangai dan kisar kasar atau ditumbuk)

Kacang goreng (Ditumbuk)

Bawang merah (Dihiris)

Serai

Cili padi

Air limau nipis

Daun kesum

Bunga kantan

Sos sotong atau ikan

Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:

  1. Mula-mula, semua bahan perlu diracik atau dihiris atai dimayang halus.
  2. Kemudian, campurkan sekali kesemua bahan tersebut.
  3. Pastikan untuk gaul sehingga sebati.
  4. Akhir sekali, sesuaikan mengikut cita-rasa sendiri. Boleh dihidangkan.

Kalau nak lagi sedap, boleh sahaja lebihkan udang kering atau nak letak daun ketumbar pun boleh.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asma Nordin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x