fbpx

Resepi Bubur Nasi Ayam Yang Mudah Dan Sedap. Nikmat Betul Dapat Makan

iCookAsia

Kalau teringin nak makan hidangan yang mudah, sedap dan mengenyangkan, boleh cuba resepi ini. Resepi ini mengikut sukatan yang sikit, gandakan sahaja jika anda ingin buat dalam kuantiti yang banyak. Yang penting, mesti puas hati.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Lin Qurnia perkongsian resipi Bubur Ayam ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

2 keping dada ayam

Sedikit halia

3 ulas bawang putih

1 cawan beras

7 cawan air (guna cawan yang sama untuk sukat beras tadi)

Setengah sudu kecil minyak bijan

Serbuk lada sulah

Garam

Kiub pati ayam

Bahan B:

Daun bawang

Ayam carik

Bawang goreng

Lada besar hiris

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumbuk bawang putih dan halia sampai lumat.
  2. Lumur bawang putih dan halia pada dada ayam.
  3. Kemudian, masukkan dada ayam dalam periuk. Letak garam dan rebuskan ayam.
  4. Apabila sudah agak masak, keluarkan dada ayam. Ketepikan.
  5. Basuh 1 cawan beras dan masuk dalam periuk nasi dan tuang 7 cawan air (masukkan air rebusan ayam tadi).
  6. Masukkan sedikit serbuk lada putih dan minyak bijan.
  7. Masukkan pula garam serta kiub ayam dan masak bubur selama 15 minit.
  8. Sementara tunggu bubur masak carikkan ayam dan potong daun bawang.
  9. Jika bubur terlalu pekat, tambah air. Biar saja api perlahan.
  10. Senduk bubur dalam mangkuk dan taburkan ayam.
  11. Akhir sekali, letak bawang goreng, lada merah hiris dan daun bawang tabur.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Lin Qurnia(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x