Peminat seafood mesti cuba resepi kali ini, selalu buat Sambal Udang, apa kata kita cuba tukar selera kepada Udang Masak Lemak Cili Api pula. Ini makan satu pinggan nasi sahaja memang tak cukup.
Jom try.
Terima kasih Suri Halim untuk perkongsian resipi Udang Masak Lemak Cili Api ini 🙂
Bahan- bahan:
Bahan A:
2 bawang putih
6 biji bawang merah
2 inci kunyit atau serbuk kunyit
10 biji cili api
(Kisar kasar)
Bahan B:
10 ekor udang saiz besar (dibersihkan)
1 kotak santan
1 keping asam gelugur
2 batang serai (diketuk)
2 batang kacang panjang
1 biji lada merah
1 cawan air
Cara membuat:
- Mula-mula, masak air, santan, asam gelugur dan serai bersama bahan kisar dengan api perlahan dan sentiasa kacau supaya kuah tidak pecah minyak.
- Jika kuah mula mendidih masukkan udang, kacang panjang dan cili.Â
- Kacau perlahan beberapa minit. Boleh dihidangkan.
Nota tambahan:
- Masak dengan api perlahan dan kacau sentiasa.
- Kalau betul ikut resepi Negeri Sembilan, tak perlu letak bawang.
- Boleh masukkan daun kunyit untuk lebih rasa.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Suri Halim(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity