fbpx

Acar Ikan Talang Masin. Memang Terlajak Tambah Nasi. Bukan Untuk Orang Diet.

iCookAsia

Acar Ikan Talang Masin ini memang cukup sesuai untuk dijadikan stok simpanan di rumah. Maklumlah kadang kala jika tak sempat masak, inilah alternatif terbaik untuk dihidangkan kepada keluarga. Goreng telur dadar, memang confirm bertambah makan.

Malah kalau anda sedang berdiet, menu ini memang tidak sesuai. Silap haribulan terlajak bertambah makan nasi dek kerana keenakan yang berganda.

 

Bahan :

Seekor ikan talang saiz sederhana ambil bahagian isi sahaja. Rendam sejam sebelum masak. Bilas & sejat. Goreng sehingga garing.

Lobak masin

20 ulas Bawang merah – potong 4 kalau kecil / potong 6 kalau besar bergantung pada kuantiti bahan*

3 ketul halia sebesar 3 inci dipotong mancis*

2 labu Bawang putih – di belah 2 setiap ulas*

*Rendam dengan air kapur makan dan cuka. Sejat, bilas dan goreng supaya acar tahan lama.

2 labu bawang besar dan 6 ulas bawang putih – Kisar halus

Jeruk cili

2 sudu serbuk cili

2 sudu rempah ikan / daging

Kulit lemon

Bahan lain :

Bahan- bahan lain yang saya guna berdasarkan apa yang ada di rumah
(Bahan-bahan ni boleh tukar ikut apa yang ada di rumah. Boleh masuk buah-buah jeruk pun boleh.)

Kurma merah 10 biji (saya guna kurma merah sebab kurma ini kering jadi tak hancur bila masak)

Goji berry / wolfberry

Buah pala kering

Antioksidan booster Signature Market dalam segenggam ( Dried Apricot, Dried Cranberry, Dried Wolfberry, Dried Blackcurrant.) (Ini boleh tukar pakai kismis)

Gula melaka seketul + gula merah 2 sudu besar

Satu sudu besar halba + satu sudu besar biji sawi + satu sudu kecil jintan manis ( Ini tumis dengan minyak goreng ikan sebelum masuk pes bawang tadi)

Cara masak :

1. Goreng ikan masin sehingga garing, sejat dan ketepikan.

2. Goreng lobak masin sehingga garing, sejat dan ketepikan.

3. Goreng bawang merah, bawang putih dan halia sehingga agak garing (jangan terlampau coklat nanti pahit), sejat dan ketepikan.

4. Dengan minyak gorengan tadi, tumis halba, biji sawi dan jintan sebentar (kalau minyak banyak, buang tinggal satu senduk kecil. Nanti masuk bahan bergoreng akan jadi terlampau berminyak).

5. Tuang pes bawang dan masak sehingga wangi dan pekat.

6. Masukkan serbuk cili dan rempah, tumis sehingga pecah minyak atau agak garing (kalau kurang minyak tambah sedikit).

7. Masukkan gula melaka yang sudah diketuk kecil. Kalau masukkan seketul nanti lambat cair. Masukkan gula merah. Garam satu sudu kecil sebab lobak dan ikan sudah masin. Masak sampai pekat kuah.

8. Masuk kulit lemon, kurma, goji berry, antioksidan boost atau kismis dan buah pala. Masuk air sedikit kalau kuah pekat sangat, kalau tidak nanti hangus. Masak lagi sampai nampak kurma yang kecut tadi dah kembang. (Kurma dan goji dibasuh dahulu sebelum guna).

9. Sudah agak pekat, masukkan balik lobak yang di goreng, ikan masin dan bawang-bawang serta halia yang digoreng tadi. Kacau sebatikan bersalut kuah.

10. Akhir sekali masukkan jeruk cili kacau sebatikan.

** Resepi ini memang pedas. Jika tidak tahan pedas, dinasihatkan kurangkan serbuk cili atau tak perlu letak langsung serbuk cili dan cili jeruk. Cili jeruk boleh tukar kepada cilia pi segar.

** Makan dengan gulai ikan masin tumis darat, ayam masak merah kenduri dan nasi minyak… Lajak berpinggan ni.

** Bagi yang diet di nasihatkan masak dan sedekah kepada jiran tetangga & sahabat sebab resepi ini boleh satu kuali besar. Nanti menangis bucu katil kalau berat naik. Berkongsi rezeki kan amalan mulia di bulan Syawal… Nak menziarahi tak boleh di musim covid-19… Hulurkan makanan pengganti diri.

Sumber : Intan Izaida

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x