in ,

Ada Lebihan Stok Udang Di Dapur, Boleh Cuba Buat Udang Masak Merah Ini. Jarang Dibuat Orang, Tapi Sedap Betul.

Lauk yang Masak Merah ini kebiasaanya digunakan dengan bahan Ayam. Jarang sekali menggunakan bahan selain Ayam seperti Daging atau Udang. Tetapi, berbeza dengan seorang pengguna Facebook ini di mana beliau menggunakan Udang untuk membuat Masak Merah. 

Nampak sedap. Lagi sedap kalau di makan bersama nasi putih panas-panas dan lauk sampingan yang lain. Jom cuba!

Terima kasih Khomisah Komtom untuk perkongsian resipi Udang Masak Merah ini 🙂

Bahan-bahan:

Udang (digoreng sekejap)

Bawang putih

Bawang merah

Halia

Cili merah (dikisar)

Sos Cili

Sos Tomato

Serai

Gula dan garam secukupnya

Bunga lawang

Minyak (untuk ditumis)

Sedikit Air

Cara memasak:

  1. Tumis semua bahan yang telah di blend.
  2. Masukan Sos cili, sos tomato, air, gula dan garam. Kemudian, masukkan serai yang telah diketuk dan bunga lawang.
  3. Setelah itu, masukan udang yang telah digoreng kejap tadi. Perasakan hingga cukup pedas, masam dan manisnya.
  4. Akhir sekali, potong dan taburkan bawang besar. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Khomisah Komtom (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.