fbpx

Agar-Agar Berperisa Jagung Dan Bentuk Ros. Sejukkan Semalaman, Berbuka Boleh Di Makan Nanti. Resepi #Ramadan

iCookAsia

Apabila tiba waktu berbuka, pasti air yang sejuk diteguk dahulu kerana dahaga air itu lebih baik diutamakan, hehe.. Air sejuk, pasti lah menyejukkan tekak. Haa, disini Admin nak kongsikan satu pencuci mulut kesukaan ramai yang boleh juga dijadikan penyejuk tekak malam. Nak lebih sedap, dimakan pada waktu panas dan tengahari. Tetapi, nak buat bagaimana maghrib sahaja lah waktu yang boleh dijamah air dan makanan kan? Jom cuba buat!

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Agar-agar Jagung ini 🙂

Bahan-bahan:

20g agar-agar tali

4 cawan air

1 tin susu cair

90g gula (boleh tambah jika nak lebih manis)

Kordial jagung (kuantiti, ikut suka)

Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan agar-agar. Masak sehingga larut.
  2. Masukkan gula dan kordial jagung, masak lagi sehingga larut gula.
  3. Akhir sekali, masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih semua bahan.
  4. Tuang ke dalam loyang, sejukkan dalam peti ais selama 1-2 jam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x