fbpx

Agar-Agar Kelapa Bunga Telang. Letak Biji Selasih, Baru Cantik Hasilnya.

iCookAsia

Kalau nak buat agar-agar ni senang je, lebih-lebih lagi kalau buat agar-agar kosong sahaja. Kalau anda dah mahir buat agar-agar ni, boleh lah cuba resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. 

Haa, buat anda yang ada tanaman Pokok Bunga Telang, boleh la juga cuba buat resepi ni. Admin suka sangat hasilnya, cantik betul. 

Terima kasih Nana Ereena untuk perkongsian resipi Agar-agar Kelapa Bunga Telang ini 🙂

Bahan-bahan:

10g serbuk agar-agar

1/2 cawan gula

2 cawan air Kelapa muda

1 cawan air bunga telang

2 cawan air

Biji selasih

Isi Kelapa Muda secukupnya

Cara membuat:

  1. Didihkan kesemua bahan diatas kecuali isi kelapa muda dan biji selasih. 
  2. Masukkan isi kelapa muda dan biji selasih. Biarkan didih.
  3. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang dalam acuan. Sejukkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nana Ereena (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x