fbpx

Agar-Agar Merah Rose Yang Legend. Makan Terasa Macam Di Kenduri. Sedapnya…

iCookAsia

Hidangan pencuci mulut Agar-Agar sekarang ini sudah jadi bermacam-macam jenis, warna dan rupa. Orang Malaysia ni memang kreatif kan! Tapi, tidak pernah lupa sekali pun pada cara asal penyediaan agar-agar ini, iaitu Agar-Agar Merah Rose. 

Memang legend habis. Biasanya kita boleh dapatkan di majlis keramaian atau kenduri. Kalau anda teringin sekarang, apa salahnya untuk cuba sekarang kan? 

Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Agar-Agar Merah ini 🙂

Bahan- bahan:

1 paket agar-agar tali (37.5gm)

3 liter air (kalau ikut pada paket tu letak 3.7 L)

400grm gula putih (lebih kurang)

1 3/4 cawan

2 helai daun pandan

Pewarna merah

3 ketul gula batu (pilihan)

(sebesar ibu jari)

Cara membuat:

  1. Basuh agar-agar dan toskan. Masukkan agar-agar ke dalam periuk yang telah berisi air, gula, daun pandan dan pewarna merah.
  2. Masaklah hingga betul-betul mendidih. Tutup api dapur dan masukkan ke dalam acuan/loyang.
  3. Apabila sudah siap, biarkan sejuk baru dipotong.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x