in ,

Air Segar Untuk Tekak Anda, Air Soda 7 Up Limau Asam Pudina Ais. Kalau Nak Guna Air Aiskrim Soda Biasa Pun Boleh.

Sekarang ini, cuaca tidak menentu. Pada waktu siang, panas. Petang, hujan dan sejuk. Kalau pada waktu siang itu, memang panas yang kita pun tercari-cari air yang boleh buat sejuk tekak kita kan? Disini Admin kongsikan satu idea hidangan air untuk anda. 

Bahan yang digunakan pula ada Daun Pudina. Daun Pudina ini memang confirm boleh buat anda bertambah segar. Tak percaya, boleh cuba dahulu. Belum cuba, belum tahu. Hehe…

Terima kasih Khabbab Jamalludin untuk perkongsian resipi Air Soda 7 Up Limau Asam Pudina Ais ini 🙂

Bahan-bahan:

Air Soda 7 UP

Limau

Asam 

Daun Pudina

Ais secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Kisar 1 gelas air kosong, satu gelas ais, air perahan limau nipis (2 biji tapi tak nak biji), kulit limau nipis (tak nak tebal). Kisar sampai hancur.
  2. Kemudian, tambahkan 6 biji Asam Boi dan 8 helai daun pudina (kalau tak ada tak perlu). Kisar sekejap.
  3. Tuangkan ke dalam gelas. Dalam separuh gelas.
  4. Tambahkan bagi gelas dengan air soda 7 UP yang sejuk.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Khabbab Jamalludin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.ico

okasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0