in , , ,

Air Sirap Sarbat. Campur Pula Dengan Air Kelapa Dan Getah Anggur. Teringat Masa Kecil Dulu, Memang Puas Sangat Minum.

Susah nak jumpa kan kedai yang jual air sarbat. Jika ke Penang pun, kena beratur panjang sebelum dapat menikmati air ini. Tapi rasanya cukup mengasyikkan dan sedap sangat.

Menurut pemilik resipi, akar sarbat boleh dibeli di kedai mamak dalam harga RM2.00. Di dalamnya terdapat buah pelaga, bunga cengkih, jintan manis, kulit kayu manis dan akar sarbat.

 

Bahan :

10 helai daun pandan

3 kg Gula pasir

Air agak-agak

 

Cara :

1. Didihkan akar sarbat dan daun pandan dalam periuk. Masa ini wangi satu rumah, aromanya mengasyikkan.

2. Bila sudah mendidih, masukkan gula dan masak sehingga air gula menjadi pekat. Tutup api.

3. Apabila air gula dah agak suam baru masukkan pewarna rose.

4. Bila air gula sudah sejuk, bolehlah disimpan di dalam botol. Sebelum itu tapis dahulu.

5. Cara bancuh air sarbat, ambil sedikit sirap dan campurkan dengan ketulan ais dan air tapis. Kalau nak lagi sedap, masukkan air kelapa muda bersama biji selasih dan getah anggur. Memang menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan.

 

Info :

Bagi yang susah untuk mendapatkan akar sarbat,boleh cuba resipi dibawah.

2 sudu kecil jintan manis

2 sudu kecil buah pelaga

2 sudu Kecil bunga cengkih

2-3 batang kulit kayu manis

10 helai daun pandan

2 kg gula pasir

Pewarna rose

 

Cara :

1. Masak semua bahan sehingga mendidih dan mengeluarkan bau.

2. Apabila sudah mendidih, masukkan gula dan masak sampai air gula agak pekat. Tutup api.

3. Masukkan pewarna merah apabila air gula dah suam.

4. Bila air gula sudah sejuk bolehlah disimpan ke dalam botol.

Sumber : Norlia Abdul Raman

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0