fbpx

Aiskrim Ala Magnum. Dessert Mewah Buat Penyejuk Tekak Di Kala Berbuka Puasa. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Resipi ini cukup sesuai bagi mereka yang punya keluarga besar. Selain kosnya yang murah, cara membuatnya juga senang. Jadi ini alternatif lain untuk menjamu keluarga hidangan pencuci mulut mewah pada harga mampu milik.

 

Bahan coklat :

1. Cairkan coklat secukupnya. Apabila dah cair, masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam plastik aiskrim.

2. Selepas itu, ratakan. Jangan letakkan banyak sangat, kalau coklat terlebih, takut muak.

 

Bahan aiskrim :

1 tin susu cair

½ cawan susu pekat

½ cawan value pride whipping cream

1 sudu besar ovalete

Sedikit esen vanilla

1 sudu besar tepung jagung

 

Cara :

1. Putar ke semua bahan di atas sehingga sebati. Kemudian masukkan bahan cecair ke dalam plastik aiskrim yang sudah diletakkan coklat tadi.

 

Tips :

1. Putar bahan aiskrim dahulu dan baru cairkan coklat supaya coklat tidak keras di dalam plastic dan menyukarkan proses untuk masukkan aiskrim.

2. Boleh bahagi kepada beberapa perasa yg disukai. Resipi di dalam gambar, diletakkan peppermint emulco secukupnya dan yang ini sumpah sedap. Tambah juga coklat + almond nibs. Barulah terasa magnumnya.

Sumber : Ain Kamis

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x