in ,

Aiskrim Goreng

AISKRIM GORENG

Berikut resipi untuk membuat aiskrim goreng. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. 1 bungkus roti 

2. Aiskrim secukupnya

3. Gelas atau mangkuk kecil

Cara membuatnya mudah sahaja:

1. Mula-mula ambil sekeping roti dan letakkan aiskim di bahagian tengah. Kemudian tutup menggunakan sekeping roti yang lain di atasnya seperti sandwich.

2. Selepas itu, tekap menggunakan gelas atau mangkuk kecil sehingga kedua-dua lapis roti bercantum. Kemaskan dengan memotong bahagian tepi roti 

3. Masukkan ke dalam petisejuk lebih kurang 6 hingga 7 jam sehingga aiskrim beku kembali. 

4. Setelah itu, goreng di dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan aiskrim goreng sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0