in , , ,

Aiskrim Sayuran – Tahan Lebih Dua Minggu. Ini Cara Simpan Daun Sup Dan Daun Ketumbar. #StayAtHome

Daun ketumbar dan daun sup susah nak bertahan segar kan? Lebih-lebih lagi kalau beli dalam kuantiti yang banyak. Jalan penyelesaiannya mudah, bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan dalam bekas, isi air dan bekukan. Selalunya dengan cara ini, daun kekal segar lebih daripada dua minggu.

“Harini kte buat aiskrim daun sup dan daun ketumbar…🤣🤣

Alternatif utk daun sup dan ketumbar tahan lame dan tak membazir…

Selalu kalo bli daun2 ni seikat mesti byk,pastu bile masak pakai nye sikit je,lgpon bukan hari2 masak pakai daun2 ni so kdg smpi rosak daun2 ni pastu terpaksa buang dah membazir so kte buat lah cara ni pastu simpan dlm peti bhgn beku…

Basuh bersih siap2,potong lah ikot memasing punye cara kan so bile nk masak tu masukkan lah sebatang aiskrim daun tu…

Kte punye potong pjg2 nti nk masak baru potong kecik2….

Yg ade akar tu daun ketumbar so bile masak tomyam keh masukan skali akar dia tu memg sedap !!!

Byk lg daun bole buat,daun kari,daun limau,daun basil dan mcm2 lg lah.”

Sumber : Santi Abd Wahab

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0