in , , ,

Anak Dah Genap Enam Bulan. Ikut Cara Penyediaan Bubur Bayi Yang Cepat Dan Mudah. Buat Hari-Hari Pun Boleh.

Apabila anak dah berumur 6 bulan, tentu ibu-ibu yang teruja kan? Lebih-lebih lagi apabila si comel sudah boleh makan makanan berbentuk pepejal.

Resipi perkongsian Ema Amran ini cukup mudah dan menjimatkan masa penyediaan, lebih-lebih lagi buat ibu yang bekerja. Makanan bayi seeloknya disediakan hari-hari supaya khasiatnya dapat diserap si comel.

 

Cara :

  1. Basuh beras seperti biasa dan toskan sehingga air tidak menitis. Tuangkan beras ke dalam talam dan ratakan. Jemur sehingga kering.
  2. Selepas kering, kisar beras tadi menggunakan pengisar kering sehingga menjadi seperti pasir halus. Selepas itu simpan dalam bekas kedap udara. Boleh tahan lama dan tidak perlu simpan di dalam peti ais.
  3. Sewaktu nak masak bubur, ceduk dalam dua atau tiga skop untuk seorang. Cukup untuk makan tengahari dan petang. Masak seperti bubur biasa, tetapi jangan tinggalkan kerana bubur akan masak dengan cepat. Masukkan sayur dan ayam.
  4. Untuk bayi berumur 6 hingga 9 bulan, kukus dahulu sayur dan kurma. Untuk 10 bulan sehingga setahun, masak sekali.

 

Nota penting :

  1. Sayur dikukus dahulu. Masak bubur dalam periuk dan di atas periuk letakkan penapis seperti perah kelapa dan letakkan sayur di atas penapis itu untuk dikukus. Kemudian tutup periuk. Apabila sayur dah masak, alihkan. Jangan kukus terlalu lama nanti sayur akan hilang khasiat. Stim cara ini supaya khasiat sayur akan jatuh ke dalam bubur.
  2. Apabila siap dimasak, tunggu bubur sejuk dan kisar bersama bubur dan sayur. Tidak perlu letakkan air. Namun jika sewaktu dikisar, bubur tidak bergerak, letakkan sedikit air.
  3. Boleh pelbagaikan menu supaya anak-anak tidak bosan pada makanan yang sama.
  4. Garam dan gula tidak elok dicampurkan dalam makanan bayi sehingga mereka berumur setahun. Tawar pun tak mengapa kerana bayi belum ada deria rasa.
  5. Gula boleh digantikan dengan kurma.
  6. Garam digantikan dengan ikan bilis. Ikan bilis mestilah direndam terlebih dahulu dan dibuang tulangnya supaya hilang rasa masin yang pekat.
  7. Untuk bayi enam bulan, boleh gunakan beras perang. Dan apabila bayi dah berumur 10 bulan, baru gunakan beras biasa.
  8. Seeloknya beras dijemur di bawah matahari kerana jika disangai hasilnya beras menjadi keras dan lambat untuk dimasak menjadi bubur.
Kentang, kurma, bayam dan olive oil
Bayam, kurma dan olive oil
Labu, kurma dan olive oil

Kredit resipi & foto : Ema Amran

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0