fbpx

Apam 20 Sen. Bahan Murah, Rasa Lembut. Kukus 5 Minit Sahaja. Boleh Bertahan Sehingga 4 Hari – Apam Coklat Gebu

iCookAsia

Kata empunya resepi, Juraini Kadir tidak menang tangan dia menyiapkan tempahan Apam Coklat Gebu yang diusahakan. Bukan sahaja mudah disediakan, namun bahannya juga murah namun hasilnya, lembut dan gebu.

Lebih menarik, apam ini mampu bertahan sehingga tiga ke empat hari. Boleh juga diletakkan di dalam goodie bag dan candy bar. Malah jika dibuat jualan, hanya gunakan paper cup yang besar dan dihiasi fresh krim dan hiasan, dan dijual pada harga RM2.00.

Bahan A

2 biji telur saiz A

1 cawan gula pasir

1 sudu besar ovellatte

1 sudu besar esen vanilla

 

Bahan B

1 cawan susu pekat manis

1 cawan minyak masak

1 cawan air panas suam

 

Bahan C

2 cawan tepung gandum

1 cawan serbuk koko

½ sudu kecil baking powder

½ sudu kecil soda bicarbonate

Satukan bahan diatas.

 

Cara :

1. Putar semua bahan A dengan kelajuan tinggi sehingga putih gebu.

2. Setelah gebu bahan A, putarkan dengan kelajuan paling rendah, masukkan bahan B satu persatu.

3. Setelah bahan A dan B sebati masukkan bahan C sedikit demi sedikit sehingga sebati.

4. Tuang adunan dalam piping bag ( ada jual dibakeri)

5. Masukkan mangkuk kertas saiz almond london tu ke dalam acuan lompang. Pipekan adunan dalam mangkuk kertas sehingga penuh.

6. Kukus 5 minit dengan api sederhana besar . Setelah masak hiaskan apam dengan deko mengikut kesukaan.

Sumber : Juraini Kadir

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x