in ,

Apam Cheese Terlajak Gebu. Tak Sedar Cepat Habis, Sebab Anak Suka Sangat.

Admin rasa, resipi Apam ini memang akan popular sampai bila-bila. Banyak betul resipi yang telah dikongsikan dan makin hari, pelbagai jenis Apam yang telah dibuat. Seperti perkongsian resipi dibawah ini, siapa sangka boleh buat Apam dengan menggunakan bahan Cheddar Cheese kan? 

Terima kasih Norfazida Gda untuk perkongsian resipi Apam Cheese ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan susu cair/susu segar

3 keping cheddar cheese (¼ blok)

2 cawan tepung naik sendiri

2 biji telur gred A atau B

1 cawan gula kastor (kurangkan pun boleh)

1 sudu kecil ovalette

½ sudu kecil esen vanilla

Cara membuat:

  1. Masak susu dan cheese dengan api sederhana sehingga cheese larut. Ketepikan dan biarkan sejuk.
  2. Ayak tepung naik sendiri. Ketepikan.
  3. Putar telur, gula, ovalette dan esen vanilla sehingga putih gebu. Mulakan dengan speed perlahan sebelum menambah kelajuan hingga maksimum. Masukkan cheese yang telah sejuk tadi. Putar sebentar. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
  4. Panaskan pengukus. Susun paper cup di dalam acuan lompang/muffin. Sudukan adunan sehingga hampir penuh papercup.
  5. Kukus selama 8-9 minit dengan api sederhana. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norfazida Gda (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0