fbpx

Apam Nasi Warna Warni. Kalau Tiada Serbuk Mauripan, Boleh Guna Yis Biasa.

iCookAsia

Kebiasaannya Apam Nasi dibuat apabila ada lebihan nasi yang hampir basi atau tidak dimakan. Tidak mahu membazir, jadi nasi ini digunakan dalam membuat Apam Nasi. Bijak kan? 

Apam Nasi ini pula bukanlah Kuih yang baru dalam kalangan masyarakat orang Melayu. Banyak sudah dijual di gerai tepi jalan. Haa, Admin nak bagi idea pada anda. Mana tahu boleh dibuat jualan, memandangkan cara membuatnya sangat sedap. Buat warna warni seperti seorang pengguna Facebook ini, confirm Apam Nasi anda laku!

Terima kasih Kak Yong Zety untuk perkongsian resipi Apam Nasi ini 🙂

 

Bahan-bahan:

 

1 cawan nasi 

1 1/4 cawan air 

1 cawan gula 

*Kisar sampai hancur.

 

1 cawan tepung gandum 

1 cawan tepung beras 

1 peket mauripan (kalau tiada, 1 sudu besar Yis)

*Ayak sebekas semua

Cara membuat:

  1. Masuk bahan yang sudah dikisar tadi ke dalam tepung. Adunan janagn cair sangat. Jangan pekat sangat. Kalau cair, tambah tepung beras sedikit. Perap selama 1 jam dan tutup bekas tu sehingga berbuih.
  2. Sapu minyak dalam acuan sikit.
  3. Kukus dengan cara steam selama 15 minit. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Kak Yong Zety (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x