fbpx

Apam Soda Gebu Gebas. Mekar Kembang Setaman Macam Putik Bunga

iCookAsia

Teruja mata melihat warna warni apam soda hasil perkongsian Amy Akim. Berkelopak seperti bunga mekar di Taman Rasyidah Utama. Namun apa yang pasti, hasilnya cukup gebu dan enak pada setiap kunyahan.

Mudah sahaja untuk membuatnya, masuk bahan, kacau sebati dan kukus. Haaa senangkan? Jom kita belajar buat bersama-sama.

Peringatan, apam soda akan berkembang mekar jadi letakkan hanya separuh adunan supaya ia punya ruang untuk membesar.

“Malas punya pasal nk kukus 2 trip..

1 adunan terus la penuhkan bekas cupcake..

Sekali apam tak cukup ruang nak kembang sebab dah naik sampai penutup kaca..

Tu dia pecah 5..

Tiba2 dekat tengah2 jadi macam putik bunga..

😂😂😂

#apam_soda_apam_mekar

 

Bahan :

3 biji telur grade A

1 1/4 cawan gula (dah manis)

1 sudu besar ovalette

Sedikit esen vanilla

3 cawan tepung gandum (ayak)

1 cawan air ais krim soda F&N (yang dalam tin tau)

 

Cara :

1. Putar telur, kemudian masukkan gula, ovalette dan esen vanila. Selepas itu, putar sehingga kembang.

2. Masukkan tepung secara berselang seli dengan air soda dalam mixer dan putar sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan tambahkan pewarna ikut suka hati anda. Namun tinggalkan satu bahagian yang berwarna asal.

4. Adunan berwarna asal letakkan di bahagian bawah, kemudian baru masukkan adunan berwarna. Isi adunan ¾ cup. Boleh gunakan cup cupcake.

5. Panaskan pengukus dna kukus apam selama 10 hingga 15 minit menggunakan api besar.

6. Balut penutup pengukus dengan tuala supaya air wap tidak menitis di atas apam. Nanti bantat.

Sumber : Amy Akim

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x