fbpx

Apam Susu Gebu Gebas. Makin Lama Putar, Makin Gebu Hasilnya. Resipi #StayAtHome

iCookAsia

Mudah sebenarnya untuk membuat apam susu kerana hanya menggunakan enam jenis bahan sahaja, dan bahannya pula memang mudah nak dapat. Silap-silap ada sahaja tersimpan di dapur korang.

Untuk semua jenis kuih atau kek, langkah paling penting semasa mengukus ialah balutkan tudung pengukus dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh ke atas adunan. Kalau tak, hasilnya akan bantat.

 

Bahan A :

4 bji telur (Suhu bilik)

1 sudu besar ovalette (suhu bilik)

3 sudu besar susu pekat manis (suhu bilik)

1 sudu kecil Asen Vanilla

1 cwn gula

*semua bahan kat atas  putar sampai kembang dan putih (ringan)

*jika tiada mixer, gunakan blender pun boleh

 

Bahan B :

2 cwn Tepung gandum

 

Cara :

1. Apabila adunan A sudah siap diputar, masukkan pula dua cawan tepung gandum. Gunakan kaedah kaup balik dan gaul sebati.

2. Selepas itu, asingkan ke dalam beberapa bekas dan letakkan warna yang disukai.

3. Jangan lupa sapukan acuan dengan mentega dahulu supaya adunan senang dikeluarkan.

4. Kukus selama 30 minit dengan api yang kuat. Pastikan air mendidih terlebih dahulu dan baru masukkan adunan.

 

Tips :

– Untuk mengelakkan apam bantat, pastikan tudung pengukus dibalut dengan kain dahulu kerana jika air menitik, apam akan menjadi bantat dan permukaannya tidak cantik.

– Pastikan putar atau blender adunan selama mungkin dalam 15 hingga 20 minit kerana apam susu, lagi lama diputar, semakin gebu hasilnya.

Sumber : Eyza Liza

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x