in ,

Asah Skills Baking Anda Dengan Membuat Nutella Cupcakes Ini. Mesti Korang Suka!

Cupcake ini kebiasaanya di hidangan pada jamuan atau majlis makan beramai-ramai atau majlis hari jadi. Kemudian, anak-anak pula mesti ada yang request nak cupcake coklat. Haa… kalau runsing tak tahu nak order di mana, buat je sendiri. Anak-anak mesti puji sedap nanti, hehe…

Terima kasih Azlina Ina Fans untuk perkongsian resipi Nutella Cupcakes ini 🙂

Bahan-bahan:

3 biji telur

1/2 cawan gula halus

1 sudu besar ovalatte

1 sudu kecil emolco coklat

2 sudu besar nutella

5 sudu besar susu coklat Dutch Lady

1 cawan 1/2 tepung self-rising

Caranya:

  1. Mix semua bahan, dari kelajuan perlahan ke high speed sampai putih gebu. Dah gebu, matikan mixer.
  2. Masukkan 1/4 cawan minyak masak dan kacau.
  3. Masuk separuh dalam cup dan bakar pada suhu 170 celcius selama 20 minit, api atas bawah.

 

Bahan untuk Cream Cupcakes:

250g cream cheese

1/4 cawan susu pekat

1 sudu kecil esen creamy vanilla

½ kotak fresh cream vivo

Caranya:

  1. Mix bahan hingga sebati.
  2. Tambah kan 1/2 kotak fresh cream vivo dalam masih sejuk-sejuk tu dan mix sampai kental.

*nak mix asing-asing pun boleh. Bahagi kepada dua bahagian; cream 1 putih ori dan yang satu lagi tambah emolco dan 2 sudu besar nutella. Kacau rata. 

Paip kan cara dia

  1. Masukkan nozel 1M dalam piping beg.
  2. Masukkan cream putih sebelah dan coklat sebelah dalam piping beg.
  3. Buat 1 pusingan atas cupcake dan hias kan, 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Azlina Ina Fans (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0