fbpx

Asam Pedas Original Melaka Ikan Merah Tidak Pernah Mengecewakan, Sangat Sedap Dan Padu!

iCookAsia

Dah tak perlu nak pergi Melaka, boleh buat sendiri sahaja. Che Nom dah ajar satu per satu cara nak buat hidangan yang sangat sedap dan menyelerakan ini. Hidangkan pula dengan nasi panas, memang terasa keenakannya.

Jom try.

Terima kasih Che Nom untuk perkongsian resipi Resepi Asam Pedas Melaka ini ๐Ÿ™‚

Bahan- bahan:
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
10 -15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 ketul kunyit hidup
1 inci halia
1 biji tomato
Bendi
5-6 helai daun limau purut
30 biji cili kering
1 ekor/ 900g ikan merah
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 sudu besar biji lada hitam
1/2 sudu besar biji halba
1 inci / 1/2 sudu besar belacan bakar
3/4 cawan minyak masak
1 cawan jus asam jawa
Garam secukup rasa
2-3 cawan air (untuk kuah)
Serbuk perasa (pilihan)

Cara membuat (Untuk Lapisan Pulut):

  1. Mula-mula, hiris nipis bawang besar dan bawang putih (untuk tumisan).
  2. Kemudian, potong kasar bawang merah kecil, bawang putih, kunyit hidup dan halia (untuk kisar).
  3. Tomato belah 4, bendi trim bahagian kepala dan ekor dan daun limau nipis buang tangkai dan koyak daun.
  4. Seterusnya, ambil cili kering, gunting, rebus sampai mendidih, bilas dan keluarkan biji.
  5. Masukkan dalam blender cili kering rebus, belacan bakar, bahan potong kasar, biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, biji lada hitam dan air. Kisar sampai halus.
  6. Panaskan minyak, tumis biji halba sampai naik aroma. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis sampai bawang lembut.
  7. Masukkan bahan kisar halus dan masak atas api sederhana sampai pecah minyak.
  8. Tambah daun limau purut, air, garam dan sambung tumis sampai garing.
  9. Masukkan air asam jawa, air, ikan dan masak sampai mendidih.
  10. Akhir sekali, tambah garam, serbuk seasoning, tomato dan bendi.

Tip:

  1. Boleh cincang dulu bawang supaya senang nak kisar halus dalam blender.
  2. Basuh ikan merah dengan asam jawa untuk hilang bau hanyir.
  3. Campur cili tak pedas dalam 10 tangkai dan pedas dalam 15 tangkai. Dah campur tak pedas sangat, anak pun boleh makan.
  4. Bolehย  biasa letak bendi last sekali sebelum tutup api supaya bendi tak lembut sangat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐Ÿ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Che Nom(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x