fbpx

Ayam Ala Sambal Bali. Resipi Confirm Buat Tambah Nasi.

iCookAsia

Cara penyediaan ayam sambal ini amat mudah, cuma memerlukan sedikit tambahan rempah ratus bagi menaikkan lagi aroma masakan. Ia juga sesuai untuk anak-anak kerana kurang pedas.

Namun untuk lebih kick, buatlah sambal gesek untuk dimakan bersama, memang berpeluh makan.

Jom cuba resipi perkongsian Hidayah Marzuki ni.

 

Bahan :

Ayam – digoreng dahulu dengan serbuk kunyit dan garam

Bawang besar*

Bawang putih*

Halia*

Cili giling

Daun Kari

Sos tiram

Kicap

Perencah cukup Rasa

Garam

Gula

Air

 

Cara :

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halis kemudian tumis dengan daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili giling dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  3. Selepas itu masukkan sos tiram dan gaul rata.
  4. Masukkan ayam dan gaul sebati.
  5. Letakkan kicap dan air. Air terpulang nak letakkan berapa banyak, jika nak kuah lebih masukkan lebih air. Gaul rata dan biarkan mereneh sebentar.
  6. Perasakan dengan gula, garam dan perasa. Siap.

Kredit resipi & foto :  Hidayah Marzuki

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x