fbpx

Ayam Bakar Ala Kenny Rogers, Kulit Rangup dan Isi Juicy Yang Memikat Selera Semua

iCookAsia

Resepi ini sangat mudah dan bahan-bahannya pun memang mudah didapati. Masakan yang menggunakan ayam seekor ini boleh dijamu sekiranya ada tetamu dan kalau takda tetamu, boleh makan berulang kali! Jom tengok resepi ini

BAHAN-BAHAN

1ekor ayam (cuci bersih)

2 labu bawang besar

7 ulas bawang putih

2 inci halia

2 sb pati Oren sunquick (yang dalam botoi tu)

1 senduk sos blackpaper aka sos lada hitam

3 sb majerin (cairkan atas api)

1 biji ubi kentang(rebus empuk)

1 ketul kiub pati ayam

1sk garam

2sb gula pasir

Kentang, brokoli, tomato cerry (optional)

 

CARA-CARA

  1. Blend semua bahan dengan air sedikit.
  2. Perapkan dengan ayam selama 2 jam, lagi lama lagi sedap.
  3. Masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan, bakar pada suhu 200°c selama 45 minit atau sehingga masak (api atas bawah)

*cara nak tahu ayam dah masak atau tak, boleh cucuk ke dalam ayam, kalau keluar air merah belum masak, kalau keluar air putih sudah masak

Mudah je kan? Terima kasih kepada saudara Mohd Redzuan atas perkongsian resepi ini.

Untuk mendapatkan perkakas memasak yang berkualiti, jom layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x