fbpx

Ayam Geprek Hidang Bersama Cheese Leleh di Familia Fried Chicken

iCookAsia

Familia Fried Chicken sudah menjadi kegemaran ramai sejak tahun 2015 dan kini mereka mempunyai 2 cawangan dan 4 franchies di Kuala Lumpur. Terkenal dengan kerangupan Ayam Goreng mereka yang dihidangkan bersama Sos Cheese.

Apa yang berlainan dengan kedai ayam goreng yang lain ialah menu signature mereka iaitu Chicken Tower. Dengan tiga tingkat hidangan, ada Ayam Goreng, Nachos dan French Fries. Tidak lupa juga Sos Cheese mereka yang melimpah. Meleleh habis!

Bukan itu saja, menu baru Ayam Geprek Cheese mereka pun boleh tahan juga. Dah jadi best seller mereka tau. Gabungan Sos Cheese mereka dan juga sambal geprek. Menarik kan?

Jika anda peminat cheese dan ayam goreng, jangan lupa singgah di Familia Fried Chicken tau!

Harga:

Familia Chezzy Geprek: RM 12
Familia Macho Nachos: RM 8
Familia Chicken Tower: RM 36
Familia Chicken Sandwich: RM 9

 

Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x