in , , ,

Ayam Golek Baling Abang Black Corner, Sehari 200 Ekor Dipanggang Dan Confirm Sold Out.

Melihatkan cara penyediaan sehinggalah proses panggang dan dihidangkan, memang confirm meleleh air liur. Diperap menggunakan rempah ratus dan herba tradisional seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam, serai, halia, lengkuas dan kunyit yang dikisar halus, ayam ini kemudiannya dipanggang selama 45 minit di atas bara arang menjadikan adunan lebih mesra dan mengekalkan keharuman pati rempah.

Menurut pemilik, perapan akan dilakukan dua kali sehari bagi mengekalkan kesegaran kualiti dan aroma.

Warung ini beroperasi di Taman Usahawan Kepong Kuala Lumpur dan ayam mula dipanggang bermula pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam. Lebih menarik, 150 hingga 200 ekor ayam dipanggang setiap hari dan pelanggan boleh memilih sama ada untuk menikmatinya bersama nasi ayam, nasi putih, nasi lemak, nasi goreng atau ayam semata-mata.

Untuk tempahan sewaktu PKP, anda boleh hubungi 013-5810816 (Abang Black)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.