fbpx

Ayam Goreng Berempah Garing, Rahsianya Tambahkan Sedikit Kelapa Parut. Resipi Campak Campak Tapi Sedap.

iCookAsia

Walaupun sekadar ayam goreng, namun inilah pembuka selera paling menggiurkan, tambah-tambah lagi kalau goreng berempah.

Resipi perkongsian Misszz Najihah ini memang cukup senang untuk disediakan, namun bahan paling penting untuk penyedap rasa dan penambah kerak wajib ada iaitu kelapa parut.

Resipi asal daripada Rohana Mat Ramli

 

Bahan :

4 ekor Ayam

Segenggam Cili kering kisar*

10 batang Serai – potong kasar. Lebih pun boleh*

2 labu Bawang putih*

3 biji Bawang merah*

Seketul besar Halia*

Lengkuas*

2 senduk Serbuk kari

Serbuk kunyit / Kunyit

1 paket kecil Tepung jagung

1/2 biji Kelapa parut – penyedap rasa dan penambah kerak

Daun kari

2 sb Gula

Garam

1 biji Telur

 

Cara :

  1. Sangai ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kisar kasar.
  2. Kisar bahan bertanda *.
  3. Gaul semua bahan dan perap.
  4. Sedia untuk digoreng.

Kredit resipi & foto : Misszz Najihah

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x