in

Ayam Goreng Spicy ala Korea. Mudah je resipinya.

Dalam musim PKPB ni, nak keluar pegi mall untuk menikmati Korean Spicy Chicken pun susah kan? Jangan risau, harini Chef Lin kongsikan resipi senang untuk Ayam Korea ni, boleh lah korang buat di rumah!

Bahan-bahan:

(28cm Deep-frying Pan) daripada SHEFU
450g kepak, drummet ayam
½ cawan tepung kentang
Minyak untuk menggoreng
Garam, serbuk lada hitam secukup rasa
Bijan putih, dipanggang

Bahan Sos
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil bawang putih cincang
3 sudu besar pes gochujang
1 sudu besar cuka epal
1 sudu besar air panas
2 sudu besar madu
1 sudu besar kicap manis

 

Cara membuat:

1. Lumur ayam dengan garam dan serbuk lada hitam.
2. Salutkan dengan tepung kentang. Ketepikan.
3. Salut ayam sekali lagi dan buangkan tepung berlebihan.
4. Goreng sehingga keemasan. Angkat.
5. Biar minyak panas semula dan goreng sekali lagi.
6. Untuk Sos: Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga harum. Masukkan semua bahan dan kacau sehingga pekat.
7. Gaul ayam dengan bahan sos. Taburkan bijan dan hidangkan.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di – https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0