fbpx

Ayam Gunting Twisties. Kalau Tak Tahan Pedas, Gantikan Dengan Perisa Cheese.

iCookAsia

Dalam hidup ni, kena selalu fikir luar kotak. Jadi tak adalah kena mengadap benda yang sama setiap hari kan? Sebelum ini kalau nak makan ayam gunting, kena ke pasar malam. Jadi apa kata kita buat sendiri dengan resepi Nana Ruzanna.

 

AYAM GUNTING TWISTIES

Peminat ayam gunting??

Biasa harga kat pasar RM7-8 dapat seketul.
Buat sendiri … Rasa lebih kurang, dapat berketul-ketul. Nak pedas takat mana, hang boleh kasi adjust sendiri. Puasss makan wey

Nak resepi, skodeng bawah ni.

Cara :

1. Hiris nipis bahagian dada ayam. Tumbuk-tumbuk manja bahagian dada ayam yang dihiris.

2. Perap ayam dengan serbuk bestari lebih kurang setengah jam. Bancuh tepung dengan sedikit air supaya tepung dapat meresap ke dalam. Nak pedas, guna yang perasa pedas. Tak tahan pedas, guna yang perasa original.

3. Selepas perap, bedakkan ayam dengan tepung bestari. Kali ini tidak perlu bancuh dengan air, salutkan ayam dengan tepung dan terus goreng.

4. Sementara menggoreng ayam, kisar halus keropok twisties perasa BBQ. Campur sekali dengan serbuk cili dan serbuk sesedap rasa atau setengah kiub pati ayam

5. Angkat ayam dan salutkan ayam dengan hasil blender tadi.

Tips Nana 👩🏻‍🍳
👉Pastikan lepas angkat terus salut. Kalau sejuk ayam tu payah nak melekat nanti
👉Untuk dapatkan salutan yang sekata, masukkan bahan blender dalam bekas bertutup, masukkan ayam dan goncang.

6. Nama pun ayam gunting. Apa lagi, kasi gunting lerr itu ayam. Ok siap, boleh ngap.

7. Untuk kanak-kanak, Nana buat cheesy chicken popcorn

8. Guna cara yang sama macam ayam gunting. Bezanya, ayam potong kecik dan untuk salutan guna twisties flavour cheese.

Sumber : Nana Ruzanna 

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x