in ,

Ayam Kicap Madu. Hidangan Paling Mudah Bila Tiada Idea Nak Masak Apa. Rasa Manis Dan Pedas Yang Cukup Enak.

Ayam Kicap Madu ini kebiasaanya dihidang untuk makan tengahari. Sudah tentu lah paling sedap dihidang bersama nasi putih panas-panas kan? 

Kalau dah bosan masak ayam kicap biasa je. Apa kata cuba resipi ini, baru lah ada kelainan! 😉

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Ayam Kicap Madu ini 😀

Bahan-bahan:

Ayam yang dicampur dengan garam dan kunyit

1 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

4 tangkai cili kering

1 cm halia

Madu

Kicap manis

Air

Cara membuat:

  1. Ayam di lumur bersama garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
  2. Kisar labu, bawang putih, cili kering dan halia.
  3. Masukkan sedikit minyak masak. Tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan kicap dan air secukupnya. Kemudian, masukkan ayam. Biarkan mereneh hingga ayam masak. 
  5. Akhir sekali, tuang madu dan biarkan sebentar hingga kuah pekat dan melekat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0