fbpx

Ayam Masak Bandung, Tiada Kaitan Dengan Negara Lain.

iCookAsia

Ayam masak sambal ada pelbagai jenis, untuk resipi kali ini, kita adunkan dengan sedikit adunan susu cair bagi memberikan rasa lemak dan warna yang lebih menarik. Ala-ala sirap bandung kot…hehe

Sedikit berbeza dengan masak sambal biasa, Ayam Masak Bandung ini punya sentuhan daun kari dan lengkuas yang menyempurnakan lagi elemen masakan.

Bahan :
3 ulas bawang putih*
6 labu bwg merah*
1 inci halia*
2 senduk cili kisar*
4 sekawan
3 sb sos tomato
Setengah ekor ayam
Daun kari
2 sb susu cair
1 inci lengkuas – hiris
Gula
Garam

Cara :
1. Kisar bahan bertanda *
2. Goreng ayam separuh masak.
3. Tumis bahan kisar dan selepas naik bau, masukkan 4 sekawan dan lengkuas yg dihiris.
4. Kemudian masukkan sos tomato.
5. Masukkan ayam dan gaul rata
6. Masukkan susu cair dan perasakan dengan gula dan garam.
7. Akhir sekali baru masukkan daun kari.

 

Beli barang dapur online dengan mudah!:
1. Cookware Essential : http://bit.ly/2LbJVVL
2. Kitchen Blender: http://bit.ly/39e8Umj
3. Air Fryer: http://bit.ly/36gcxX2
4. Glass Top Gas Stove : http://bit.ly/377ZF5f
5. Induction Cooker : http://bit.ly/2QlRgG0

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x