in , ,

Ayam Masak Merah. Cuba Kelainan Dengan Kerisik, Memang Layan.

Lain orang lain cara memasak menu ayam masak merah. Ada yang masukkan santan bagi memekatkan kuah, ada juga yang masukkan biskut kering supaya kuah lebih berlemak. Namun resepi perkongsian Faizah Md Zain ini menggunakan kerisik bagi menonjolkan lagi keenakan Ayam Masak Merah.

Memasak sambal perlukan minyak yang banyak, namun di akhir nanti jangan lupa buang semula minyak yang bertakung di atas.

Bahan :
Seekor ayam – potong 14
Serbuk kunyit
Garam halus
Minyak masak secukupnya
5 senduk Lada mesin
3 sb Sos tiram
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
½ ketul gula melaka
2 sb kerisik
3 batang serai – diketuk
3 inci halia – kisar
15 ulas bawang merah kecil – kisar
12 ulas bawang putih – kisar
2 labu bawang besar – hiris masuk last
2 cawan air putih
2 kiub ayam
3 sekawan (Tumis)
Gula pasir

Hiasan
Daun sop/daun bawang/daun ketumbar
Tomato hiris
Kacang gajus (goreng dulu ye)
Kismis

Cara :
1. Cuci ayam dan lumurkan dengan kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak.
2. Cedok minyak dari gorengan ayam tadi dalam 2 senduk. Kemudian tumis 3 sekawan, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga kekuningan.
3. Masukkan lada mesin dan kacau sampai terbit minyak. Selepas itu masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, kerisik, gula melaka dan kiub ayam. Masukkan air sedikit demi sedikit. Masak menggunakan api perlahan.
4. Apabila sudah terbit minyak, masukkan serai, garam, gula dan masukkan ayam. Kacau rata dan masukkan bawang besar yang dihiris.
5. Akhir sekali tutup api dan taburkan bahan hiasan.

Sumber : Facebook Faizah Md Zain

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.