in , , ,

Ayam Masak Merah Style Kenduri Kahwin Resipi Arwah Mak. Sedap Hingga Menjilat Jari.

Memang ramai yang tunggu majlis kenduri kahwin pada hujung minggu semata-mata mahu merasai keenakan ayam masak merah kan? Tapi banyak kali cuba memasak ayam masak merah namun tak dapat sesempurna di kenduri kahwin.

Tak perlu risau kerana Nor Haidah Md Said berbesar hati untuk berkongsi resipi arwah ibunya, jadi selepas ini bolehlah cuba sendiri.

 

Bahan :

1 ekor Ayam – gaul dengan garam dan kunyit. Goreng jangan terlalu garing. Ketepikan.

 

Bahan kisar :

2 genggam Cili kering – campurkan dengan cili kering tak pedas. Rebus dahulu.

1 1/2 labu Bawang besar

6-7 ulas Bawang putih

1/2 ibu jari Halia

1/2 ibu jari Belacan

2 biji besar Tomato

 

Bahan tumis :

Tiga sekawan

1 labu Bawang besar – hiris

1 batang Serai – titik

4-5 helai Daun pandan – kerat atau simpul – wajib ada

 

Cara :

  1. Cedok minyak daripada gorengan ayam dalam tiga senduk dan tumis bahan tumis sehingga layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  2. Jika kurang minyak tambah lagi.
  3. Selepas sudah garing, tambahkan gula, garam dan perasa. Tuangkan satu senduk susu cair. Biarkan pecah minyak lagi sekali. Tambah air jika terlalu pekat.
  4. Sudah cukup rasa dan sebati baru masukkan ayam goreng dan gaul sekata.
  5. Taburkan hirisan bawang besar.
  6. Kecilkan api dan tutup kuali sebentar. Biarkan ayam mereneh dengan sambal.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto : Nor Haidah Md Said

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.