fbpx

Ayam Masak Sos Tiram. Masakan Simple Sahaja, Tapi Dah Rasa, Mesti Bertambah-Tambah Nasi.

iCookAsia

Bahan Sos tiram ini kebiasaanya digunakan sebagai penambah perisa dalam masakan terutamanya sayur-sayuran. Tidak lah orang guna untuk masakan utama. Tetapi, tidak pada seorang pengguna Facebook ini dimana beliau memasak masakan Ayam Masak Sos Tiram. Nampak pelik, tapi tertanya juga kan rasanya bagaimana? Jom cuba!

Terima kasih Maryam Hussain untuk perkongsian resipi Ayam Masak Sos Tiram ini šŸ™‚

Bahan-bahan:

5 ketul ayam

1 biji bawang hollandĀ 

1 cili besar / cili padiĀ 

2 ulas bawang putihĀ 

1 sudu sos tiramĀ 

1 sudu kicap pekat manisĀ 

Sedikit daun bawang / daun supĀ 

Cara memasak:


1. Basuh ayam bersih. Masukkan tepung jagung, sos tiram dan kicap manis. Gaul sebati dan perap selama 10 minit (lagi lama lagi sedap).


2. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga naik bau. Angkat dan ketepikan.


3. Goreng ayam dengan sedikit minyak hingga keemasan. (Tak dicampur dengan bawang sebab mahukan ayam yang rangup dan garing).


4. Setelah ayam masak, masukkan bawang yang digoreng tadi. Masukkan cili besar / cili padi dan daun bawang / sup.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! šŸ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Maryam Hussain (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x