fbpx

Ayam Merah Pedas

iCookAsia

Bahan-bahan:

400 gram ayam,
4 ulas bawang merah,
1 labu bawang besar
4 sudu pes cili
4 sudu sos cili
satu sudu kacang pis
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit gula
minyak untuk menggoreng.

Cara membuat

1. Tumbuk bawang putih diikuti dengan serbuk kunyit dan garam hingga lumat.

2. Setelah itu, gaulkan kepada ayam dan perap seketika.

3. Kemudian, panaskan minyak dan dan goreng ayam tadi.

4. Jangan lupa untuk membalik-balikkan ayam dan biarkan lagi hingga ayam garing.

5. Sementara menunggu ayam masak, panaskan sedikit minyak dalam kuali berlainan dan tumis bawang putih yang dicincang halus hingga wangi diikuti dengan bawang merah.

6. Apabila bawang merah layu, masukkan halia yang dimayang dan kacau hingga naik bau.

7. Selepas itu, masukkan pes cili dan kacau lagi hingga pecah minyak.

8. Kemudian, masukkan gula dan garam diikuti dengan bawang besar yang dipotong bulat.

9. Apabila bawang besar layu, masukkan sos cili dan kacau lagi hingga pecah minyak.

10. Apabila ayam sudah garing, masukkan ke dalam sosnya dan gaul hingga sebati. Akhir sekali, masukan kacang pis. Gaul lagi dan sedia untuk dihidang.

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x