fbpx

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers. Lagi Lama Perap Lagi Sedap. Semerbak Bau Rumah. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Ramai yang tercari-cari resipi ayam panggang ala Kenny Rogers terutama perisa black pepper. Sedapya hingga menjilat jari. Digabungkan pula dengan nasi planta dan kentang putar.

Resipi perkongsian Otai Malaya ini diakui memang sedap dan cukup mudah. Tidak memerlukan banyak rencah, dan rasanya, lima bintang. Isi ayam cukup lembut dan berjus.

 

“Mode: ayam panggang ala kenny rogers. Sejak beli oven, ni dah kali ke 4 aku buat. Jadi aku nk share pd rakan fb yg mana nk cuba. Memang sedap, meleleh wa ckp lu…. selamat mencuba”

Bahan :
Ayam (1.5kg)
1 sudu teh garam
1 kiub pati ayam
2 inci Halia
3 btg serai
4 ulas bawang putih
4 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
4 sudu makan madu
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan minyak zaitun

Cara :

1. Kisar serai, kuib pati ayam, minyak zaitun, halia, bawang putih dan sedikit air.

2. Campurkan semuanya ke dalam bekas perapan – bahan kisar, madu, lada hitam, sos tiram dan garam.

3. Gaulkan bersama ayam.

4. Adunan ini untuk seekor ayam. Hanya gandakan bahan mengikut kuantiti ayam.

5. Perap semalaman. Lebih lama diperap, rempah ratus akan meresap jauh ke dalam. Paling minimum perap selama 4 jam.

6. Sedia untuk dipanggang. Panaskan ketuhar 15 minit sebelum memanggang ayam. Gunakan api atas bawah dengan suhu 200 C. Panggang selama 35 hingga 40 minit.

7. Ini hasil panggang selama 30 minit. Keluarkan ayan untuk sapukan marjerin. Sambung bakar selama 8 minit lagi.

8. Ini hasil selepas 38 minit dipanggang.

Sumber : Otai Malaya

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x