fbpx

Ayam Peratal, Sedap Makan Dengan Nasi Dan Cicah Roti. Gunakan Minyak Kelapa Untuk Hasil Yang Lebih Enak.

iCookAsia

Terliurkan melihat Ayam Peratal hasil perkongsian Sheena Supramaniam. Untuk Ayam Peratal, serbuk cili memainkan peranan penting untuk mendapatkan warna hidangan yang menarik dan menyerlah. Boleh gunakan cili giling, namun hasilnya sedikit berbeza.

Pemilik resipi menggunakan serbuk cili jenama Babas.

 

Bahan :

3 bahagian Ayam whole leg – potong kecil

Minyak kelapa

1 biji Tomato

Daun kari sikit

Daun ketumbar – pilihan. Tiada tak apa

1 batang Kayu manis

5 biji Buah pelaga

2 kuntum Bunga lawang

1/2 sb Jintan manis

1 1/2 sk Serbuk kunyit

2 1/2 sb Serbuk cili

2 sb Serbuk Kari ayam/daging

Garam

 

Bahan kisar :

5 biji Bawang merah kecil/ Rose

5 ulas Bawang putih

2 ketul Halia saiz ibu jari

Cara :

  1. Panaskan minyak kelapa. Jika tiada boleh gunakan minyak lain. Namun minyak kelapa paling sedap untuk masakan Ayam Peratal.
  2. Kemudian masukkan 1 batang kayu manis, 5 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga lawang dan setengah sudu besar jintan manis.
  3. Masukkan daun kari dan bahan kisar.
  4. Masukkan sedikit air daripada pengisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  5. Selepas pecah minyak, masukkan ayam dan satu setengah sudu kecil serbuk kunyit.
  6. Kacau sebati dan masukkan tomato.
  7. Kemudian masukkan serbuk cili dan serbuk kari ayam.
  8. Kacau sebati dan perasakan dengan garam. Biarkan ayam masak dalam api sederhana. Kacau sekali sekala. Tidak perlu masukkan air. Selepas 15 hingga 20 minit, jus ayam akan keluar dan kuah akan pekat. Jika kering, masukkan dalam 20 hingga 30ml air.
  9. Masukkan daun ketumbar dan kacau sebati. Masak dalam 5 minit.
  10. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan dengan nasi panas, capati, thosai, idly, roti canai, lemang dan ketupat.

Kredit resipi & foto : Sheena Supramaniam

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x