fbpx

Ayam Percik Kelantan. Bakar Guna Pan Je. Baunya Merecik Satu Rumah. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Bila nak buat sendiri, tak semestinya kena ikut tatacara resipi yang asalkan. Bukan senang nak cari kayu api atau arang untuk memanggang. Jadi bila keadaan terdedak, gunakan pan pun boleh, yang penting rasanya tetap umph.

Resipi Ayam Percik Kelantan ini dibakar menggunakan pan dan biarkan ayam ada sedikit kesan terbakar, barulah ngam.

 

Bahan :
2 ketul bahagian peha ayam
Santan pekat
Cili giling
Tepung beras – untuk pekatkan kuah percik
Gula
Garam
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Serai

Cara :

1. Masukkan ayam, santan cair 2 cawan setengah, halia 1 inci, bawang putih seulas, serai 1 batang diketuk dan garam secukupnya.

2. Masak lebih kurang 20 hingga 25 minit atau sehingga masak.

3. Ayam dah masak, sedia untuk dipanggang.

4. Gunakan pemanggang ajaib. janji masak kan. Kalau nak lagi sedap, bakar ayam dengan arang. Kena ingat, ayam sudah masak, cuma nak bagi rasa “grill” sahaja.

5. Siap, panggang tak sampai 10 minit untuk dapatkan rasa hangit.

Kuah percik :

1. Masak 3 cawan santan pekat, 5 ulas bawang merah, seulas bawang putih, 2 inci halia. Kena sentiasa kacau supaya tak pecah minyak. Nanti tak sedap.

2. Selepas itu, masukkan 2 batang serai diketuk, garam dan gula secukup rasa serta 1 sudu makan cili giling. Cili giling adalah pilihan sebab setengah orang nak kuah percik putih jadi tak letak cili giling.

3. Bila kuah percik dah mendidih dan pekat, bancuhkan 1 sudu teh tepung beras bersama sedikit air dan masukkan dalam kuah percik. Tujuannya untuk pekatkan kuah dan untuk kuah melekat pada ayam apabila kita golekkan ayam.

4. Kuah percik dah siap. Baunya, pergh… meleleh beb.

5. Masukkan ayam panggang tadi dan golekkan dalam kuah. Waktu ini, bau percik, pergh menusuk kalbu.

Sumber : Otai Malaya

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x