in ,

Banyak Manfaat Kunyit Yang Ramai Perlu Tahu Untuk Kecantikan Diri Sendiri

Kunyit merupakan salah satu bahan masakan yang penting di dapur. Bukan hanya untuk diletakkan dalam masakan sahaja, tetapi ianya mempunyai banyak manfaat yang dapat membantu ramai orang. Jom Admin share.

Terima kasih Jit Kaur untuk perkongsian tips Kunyit Untuk Kecantikan  ini 🙂

Manfaat-manfaat:

  1. Mengikut kepercayaan orang India terutamanya wanita, kunyit digunakan sebagai scrub badan dan muka bagi melembutkan kulit yang kasar, mengurangkan jerawat, menanggalkan rambut dan bulu halus pada kaki, tangan serta atas bibir (misai halus) serta harus digunakan setiap hari dengan konsisten .
  2. Seterusnya, kunyit dikatakan mampu menegangkan kulit wajah dari terus kendur, berkedut dan awet muda secara semulajadi supaya tidak nampak tua dari usia sebenar.
  3. Kemudian, jus asam kunyit. Ia adalah minuman yang terbaik bagi wanita diminum sebulan sekali bagi menguatkan rahim, mengecutkan semula rahim selepas bersalin dan menjaga dalaman badan perempuan .
  4. Bukan itu sahaja, ia juga berfungsi sebagai masker. Untuk masker, boleh mengggunakan kunyit setengah sudu kecil sahaja kerana warna kuningnya yang terang asli akan menjadikan wajah nampak kuning dan keemasan.
  5. Boleh gunakan sepotong tomato yang disapukan kunyit atau 1 sudu madu dicampur bersama kunyit dan disapukan pada seluruh wajah sebelum tidur .
  6. Apabila sudah kering, boleh cuci muka menggunakan pencuci muka yang sesuai, sebaiknya gunakan produk yang natural. Lama-kelamaan wajah akan nampak bersih, mulus tanpa kesan minyak, jerawat dan bebas jeragat .

Banyak kan manfaat kunyit ini? Bukan sahaja untuk masakan tetapi juga berfungsi untuk kecantikan.

Semoga bermanfaat untuk anda semua 😉

Kredit tips dan gambar: Jit Kaur(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.