in , , ,

Basque Burnt Cheesecake, Kek Crispy Paling Mudah Dibuat. Guna 5 Bahan Sahaja

Resepi dari Lina Thomas ini memang popular di laman sosial. Hanya menggunakan lima bahan sahaja dan cara membuat kek ini juga tidak renyah.

Bahan :
1000 g cream cheese Philadelphia
300 g gula kastor
7 biji telur
500 g heavy whipping cream/double cream/anchor UHT whipping cream
30 g tepung gandum

Cara :
1. Panaskan ketuhar ke 200C (425F).
2. Tuangkan ke dalam baking spring-form pan 23cm yang beralas dengan parchment paper di ke semua bahagian.
3. Pastikan paras kertas itu tinggi sekurang-kurangnya tiga inci di atas bahagian atas baking pan. (Spring-form pan tu balut aluminum foil kalau takut bocor lapik dengan baking pan masa nak bakar).
4. Dalam mangkuk pengadun elektrik, putarkan cream cheese dan gula sehingga sebati.
5. Tambah telur satu demi satu, putar sehingga sebati, masukan heavy whipping cream dan putar sehingga sebati.
6. Masukan tepung putar lagi sehingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam spring-form pan yang disediakan dan letakkan ke tengah ketuhar.
8. Bakar selama 1 jam, atau sehingga bahagian atasnya keemasan.
9. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum di keluarkan.
10. Boleh di hidang kan dengan berries compote atau makan begitu saja. Sesuai dimakan dengan strawberry compote.

Resepi Strawberi Compote

Bahan :
4 cawan strawberi segar atau frozen
1/4 cawan gula
1/4 cawan jus oren

Cara :
1. Panaskan jus oren dan gula guna api sederhana sehingga gula larut.
2. Potong nipis strawberi, masukkan ke dalam periuk tadidan masak dengan api sederhana selama 10 hingga 12 minit sambil dikacau menggunakan senduk kayu. Masak sehingga ia mula pekat sedikit dan buahnya lembut tetapi masih dalam kepingan.
3. Tutup api dan strawberi compote ni boleh di makan bila-bila masa atau jika tidak habis dimakan, boleh simpan dalam balang kaca atau bekas bersih.
4. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan selama seminggu. Untuk memanaskan semula, letakkan di dalam ketuhar gelombang mikro dan masak selama kira-kira 1 hingga 2 minit.

Sumber : Lina Thomas

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0