fbpx

Basque Burnt Cheesecake. Lagi Berlemak Lagi Sedap.

iCookAsia

Resipi perkongsian Rita Zara ini cukup mudah kerana disertakan panduan untuk sukatan cawan. Malah jelasnya untuk membuat Basque Burnt Cheesecake, jumlah lemak yang diperlukan harus mencukupi dan tidak boleh menggunakan non dairy whipping cream atau susu segar.

Resipi ini menggunakan loyang bersaiz 6 inci.

 

Bahan :

250 gram Cream cheese

9 gram / 1 sudu besar Tepung gandum – ayak

125 ml Whipping cream dairy (Anchor, Emborg, Arla)

85 gram / 5 1/2 sudu besar Gula

2 biji Telur gred A/B

1 sudu besar Esen Vanila

Cara :

  1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 200c.
  2. Mix dengan kelajuan sederhana atau kisar cream cheese dengan gula selama dua minit sehingga kembang.
  3. Selepas itu masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Putar sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung gandum dan sebatikan dengan kaup balik.
  5. Kemudian masukkan whipping cream dan kaup balik sehingga sebati. Kacau perlahan-lahan supaya udara tidak masuk dan berkumpul dalam adunan untuk mengelakkan kek menggelembung selepas dibakar.
  6. Lenserkan butter dalam loyang dan lapikkan baking paper. Baking paper letakkan berlebihan supaya mudah untuk keluarkan kek.
  7. Masukkan adunan dalam loyang tadi dan hentakkan sedikit bagi mengeluarkan udara.
  8. Bakar adunan selama sejam pada suhu 200c.
  9. Sewaktu tinggal lagi 10 minit waktu membakar, naikkan suhu kepada 210c supaya terdapat kesan burn di atas kek.
  10. Apabila kek sudah siap dibakar, biarkan dahulu dalam 15 minit dan baru angkat kek dan keluarkan.

Kredit resipi & foto : Rita Zara

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x