fbpx

Bebola Daging Bersalut Kulit Popia. Kudapan Buat Moreh. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Enaknya mengunyah bebola daging dengan sentuhan rangup kulit popia. Cara buatnya sangat mudah, tak perlu bahan yang banyak, namun sekali makan, tak dapat digambarkan kesedapannya.

 

Bahan :

Sebungkus bebola daging

3 ulas bawang putih

Sebiji bawang besar

1 sk lada hitam

Kulit popia

Cara :

1. Rebus sebungkus bebola daging yang dicampurkan bersama bawang putih dan bawang besar yang diketuk manja. Masukkan juga lada hitam.

2. Tak perlu rebus dengan air yang banyak, cukup sekadar paras bebola.

3. Rebus sehingga mendidih dan tapis.

4. Air rebusan daging jangan dibuang. Untuk digunakan sebagai resipi sos lada hitam.

5. Belah kulit popia bersaiz besar kepada empat.

6. Bancuh sedikit tepung gandum sehingga likat. Untuk digunakan sebagai gam pelekat kulit popia. Kalau tak nak guna bancuhan tepung, boleh sekadar gunakan air.

7. Bila bebola sudah sejuk baru letakkan di kulit popia dan bungkus cantik.

8. Lipat seperti dalam gambar dan lekat menggunakan bancuhan tepung.

9. Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas dan barulah masukkan popia. Goreng sehingga kuning keemasan.

10. Sentiasa terbalikkan popia dan tidak perlu lama sebab bebola daging sudah masak.

11. Tos dan tapis

Bahan Sos Lada Hitam :

2 sb Susu kotak

3 sb Air rebusan daging

1 sk Lada hitam

2 sb tepung jagung (bancuh dengan sedikit sahaja air)

Garam

Gula

Serbuk perasa

Kicap (untuk warna)

 

Cara :

1. Satukan semua bahan dan masak atas api kecil. Kacau sentiasa dan sesuaikan rasanya.

 

Bahan Sos Mayonis Pedas :

3 sb Sos cili

3 sb Mayonis

 

Cara :

1. Satukan kedua-dua bahan dan kacau.

Sumber : Saffiah Sulaiman

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x