fbpx

Belajar Buat Kuih Lompang Gula Merah Sekarang. Nanti Bulan Ramadhan Boleh Buat Untuk Juadah Berbuka.

iCookAsia

Buat Kuih Lompang ini senang sahaja. Dengan menggunakan teknik mengukus memang tak ada masalah. Juga antara resipi yang Anti-Gagal. Kuih Lompang ini juga sangat popular pada bulan Ramadhan. Disini Admin kongsikan resipi ini sedikit awal supaya anda boleh cuba dan practice buat untuk dihidangkan pada waktu berbuka nanti. Jom cuba!

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Kuih Lompang Gula Merah ini 🙂

Bahan A

1 cawan gula merah (boleh guna gula merah timbang)

½ cawan gula putih (kurangkan kalau tidak mahu manis)

2 cawan air

1 helai daun pandan

*masukkan semua ke dalam periuk. Masak sehingga larut gula, kemudian tapis dan sejukkan. 

Bahan B

2 ½ cawan tepung beras

2 sudu besar tepung jagung

2 cawan air

1 sudu kecil air kapur

Cara penyediaan:

  1. Masuk semua ke dalam blender dan blend sehingga sebati. 
  2. Kemudian masukkan Bahan A dan blend lagi.
  3. Tuang ke dalam bekas lain.
  4. Acuan disapu sedikit minyak kemudian kukus 2/3 minit.
  5. Tuang adunan tadi dan kukus selama 15 minit.
  6. Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu.

 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x