in , , ,

Belajar Buat Sos Ubi Kentang Untuk Chicken Chop, Simple Je

Selalunya sos untuk chicken chop akan menggunakan sos lada hitam sebagai bahan utama, namun kali ini kita gunakan ubi kentang sebagai hero.

Caranya cukup mudah, sediakan chicken chop seperti biasa. Dan padankan dengan sos ubi kentang. Memang terangkat habis.

Bahan Sos :

5 biji ubi kentang – rebus

1 biji Bawang besar (cincang halus)

Bawang putih(cincang halus)

Sos tomato

Sos cili

Sos tiram

Sos lada hitam

Serbuk lada hitam

Garam

Gula

Perencah ayam meggi

 

Cara :

  1. Kisar ubi kentang dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dicincang halus sehingga kekuningan.
  3. Kemudian masukkan ubi kentang yang telah dikisar tadi.
  4. Masukkan semua sos yang ada mengikut kesesuaian masing-masing. Perasakan dengan gula, garam, serbuk lada hitam dan perencah ayam.
  5. Masukkan air ikut kepekatan kuah yang diinginkan.


Kredit resipi & foto : Marini Zakaria

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0