in , ,

Belebat Keledek. Kukus Dengan Daun Pisang, Makan Begitu Pun Sedap. Kuih Popular Negeri Kelantan

Apa yang menariknya kuih Belebat Keledek ini, selepas dimasak, boleh terus dimakan begitu sahaja. Namun lebih sedap jika dikukus dengan daun pisang.

Jom ikuti resepi perkongsian Imi Aruz ini.

Bahan :
1 ketul keledek ungu
1 ketul keledek oren
1 cawan tepung beras
3 1/2 cawan santan
4 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam halus
Daun pisang

Cara :
1. Kukus ubi keledek ungu & oren..bila sudah empuk, sejukkan, kupas kulit potong dadu.
2. Bancuh tepung beras, santan, garam dan gula. Kemudian kacau atas api perlahan hingga pekat.
3. Masukkan keledek yang dikukus & dipotong dadu ke dalam tepung yg dah masak.
4. Kacau perlahan2 jangan gopoh bin gelojoh nti hancur jadi bubur pulak. 😂
5. Ambil sekeping daun pisang yang sudah dilayukan Pakai sudu letak adunan tengah2 daun pisang.
6. Lipat cam bungkus nasi lemak bukak sikit atasnya.
7. Susun dalam pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit.. tak perlu lama kerana semua dah masak.

Sumber : Facebook Imi Aruz

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.