in , , ,

Bentuk Lubang Pusaran Cara Untuk Tahu Adunan Roti Jala Cukup Likat Dan Sempurna.

Sebenarnya cara membuat roti jala cukup mudah asalkan tahu teknik yang tepat. Seperti perkongsian Huda Ayob, walaupun masih baru belajar, namun teknik lubang pusaran sewaktu mengisar dapat menentukan roti jala yang dihasilkan sesedap rasa dan cantik kejadiannya.

Jika lubang pusaran besar, tambah sedikit tepung sehingga lubang menjadi sebesar jari kelinking. Dan jika lubang pusaran kecil, tambahkan sedikit air.

Resipi yang dikongsikan ini untuk 23 hingga 25 keping roti jala.

 

Bahan :

1 biji Telur

2-3 sb Santan/susu segar

2 cawan Tepung gandum

1 cubit Pewarna kuning/kunyit

1 sb Gula

1 sk Garam

 

Cara :

  1. Masukkan air sehingga tepung tenggelam. Agak-agak dalam dua cawan air atau mengikut sukatan tepung.
  2. Ambil sudip panjang dan kacau sebati. Selepas sebati baru dikisar.
  3. Perhatikan lubang pusaran. Apabila sebesar jari kelinking, sedia untuk dikirai.

Kredit resipi & foto : Huda Ayob

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0